Friday, 21 November 2014

Hati itu kental --

--- Assalamualaikum.

HATI

[Hati adalah organ paling lembut berwarna perang kemerahan]

Ia sangat sensitif, bila difikirkan 14 tahun ni aku dah rasa macam-macam tapi Ma Abah lagi macam-macam-macam-macam-macam dah rasa. Nak gembirakan hati Ma Abah tu tak susah, cuma aku m a l a s. Haih syaiiitooon! (asyik salahkan syaiton je, bila nak salahkan diri sendiri yang taknak berubah?) 
Ok tu salah satu hati yang sensitip. Eh macam tak kena kan? Ok, hati terluka tak semestinya sebab kita suka mamat ni pastu mamat ni suka kat orang lain. Ada je terluka sebab kita? EH, sebab kita? Kenapa pulak?

"sebab kita tak buat diorang gembira dengan keputusan peperiksaan. kita selalu tak dengar kata, apa yang mak abah cakap kita bantah kata tak suka. kita rasa kita je betul, kita tak fikir sebenarnya diorang dah hidup lagi lama daripada kita, diorang dah hadap macam-macam. kita asyik pikir {kenapalah mamat tu tak suka aku, aku tak cantik ke? apa kelebihan minah tu sampai mamat ni suka dia?}. mak abah kita dok pikir camne nak buat kita jadi manusia, pikir kita nak makan apa, nak itu nak ini"

Haa, gitulah. Aku pun macam tu, biasalah budak budak. Kena marah, confirm hangin, sebab remaja ni berdarah panas. Macam mamalia. [haha tak kelaka ok bai]

So, nampak tak kentalnya hati mak abah kita? Diorang still bagi kita makan walaupun keputusan peperiksaan memang comel semacam je kan. Diorang berhabis duit untuk kita, pergi hantar tuisyen, hantar kelas tahfiz part time, hantar pergi kem motivasi, semua diorang hantar untuk jadikan kita orang. Orang yang berguna untuk masa depan. Lepastu kita buat taktahu je, sebab kita tak cuba rasa apa yang mak abah kita berkorban segalanya untuk kita.

Bosan weh baca blog panjang camni. Sumpah boring.

Ok lah, tu jelah nak cakap. Jom kita sama-sama gembirakan hati mak abah kita? Hati kekasih tu buang je, biar dia pergi dekat minah dia minat sangat tu. Sekarang kekasih kita mak abah! Bagi diorang gembira.

Dah, bosan bosan. okbai